Friday, June 6, 2014

KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI TAHAP 1 PERINGKAT DAERAH JASIN 2014

Salam Sejahtera. Salam 1 Belia 1 Malaysia.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 pada ketetapan berikut :

Tarikh  :  13 - 15 Jun 2014
Tempat  :  Kompleks Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Melaka, Ayer Keroh, Melaka

Kepada belia-belia yang berminat boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin di talian 06-5294496

Saturday, July 2, 2011

JOM SIHAT

Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Jom sihat melalui aktiviti yang kami sediakan. Layari laman web kami di http://www.jbsmelaka.gov.my

Monday, July 20, 2009

Rindu masa lalu

Jumaat lepas sambil menunggu masuk waktu untuk Solat Jumaat, (sementara nak bersiap-siap) aku saja ambil album gambar lama aku masa sekolah menengah dulu. Belek-belek gambar-gambar lama kawan-kawan rapat aku, kawan-kawan masa kerja di pust tuisyen dulu malah gambar makwe-makwe lama pun aku belek juga (walau perasan ada gambar makwe ex-makwe yang hilang - biasalah, mungkin mem besar yang cabut buang, hehe).

Kalau dapat, mahu saja aku balik ke zaman tu merasai nikmat dan erti persahabatan masa tu. Aku belek-belek gambar-gambar masa bertugas dalam St. John Ambulans Malaysia ketika kami terlibat dengan tugas North-South Ambulance Highway Service ketika sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1996. Hasrul, Asri, Man, Syam, Yusaini, Fendi antara sahabat malah aku anggap saudara aku yang paling rapat. Masing-masing dengan kehidupan masing-masing sekarang.

Hidup aku masa sekolah dulu 60% aku rasa aku abadikan kepada St. John Ambulans. Pagi bersekolah, petang ada saja aktiviti St. John Ambulans di sekolah yang aku ikut. Kalau tak ada aktiviti, aku pergi kemas stor merangkap bilik operasi St. John Ambulans di sekolah aku.

Paling tak boleh aku lupa bila ketika kami habiskan duit sekolah buat gajet dengan kayu bakau. Konon-konon nak buat lapang rempuh halangan. 10 gajet termasuk 2 buah menara tinjau kami rancang. Sempatlah siap hampir semuanya tapi haram tak boleh diguna pun, reput. Seronok masa tu bila dapat tengok hasil kerja berkumpulan macam wonder pet. Nasib baik cikgu zakuan dah bertukar sekolah, kalau tak, buat malu je kat dia sebab dialah pengetua yang banyak support projek kami. Berkoyan-koyang beli kayu bakau, last-last yang siap projek reput.

Aku masih ingat masa Asri jadi arkitek bina tapak tiang bendera St. John Ambulans di sekolah. Senget benget jadinya tapi tetap cantik dan menjadi. Ahad lepas aku balik kampung dan lalu depan sekolah, aku bangga sebab tiang tu masih ada lagi cuma tak tahulah sama ada St. John Ambulans masih bertapak di sekolah tu lagi atau tak. Aku pun tak tahu ada lagi atau tak Bilik St. John. Kalau ada pun, entah macam mana. Adakah masih macam dulu (1991 - 1996) atau lebih baik atau lebih teruk. Sekarang pun aku masih selia stor di tempat kerja aku, stor sukan dan rekreasi. Ada cop penyelenggara stor agaknya kat dahi aku.

Dulu, Hasrul la ketua kami sampai kami taksub sangat dengan setiap kata-kata dia. Putih kata dia, putih la kami. Hitam kata dia, hitam la kami. Macam la kalau bantah boleh masuk neraka. Tapi ironinya, dia lah yang banyak pimpin kami bukan sebagai Ketua Kadet tapi juga sebagai abang sulung kami. Baru ni dapat juga dia masuk tv1 dalam temuramah rancangan Blog@1. Kalau dia jadi ahli politik, ada harapan jadi PM, hehe. Aku jadi Setiausaha politik dia pun jadi lah.

Dulu dalam St. John di sekolah, kami la yang jadi Pegawai Belia dan Sukannya. Mana tak nya, kamilah yang merancang segala program dan aktiviti St. John sekolah sama ada aktiviti latihan mingguan, perkhemahan latihan, kursus NCO, kursus pertolongan cemas, latihan kawad kaki, isyarat bendera dan sebagainya. Cikgu penasihat masa tu cikgu Yeow Hock Oon cukup susah hati bila tengok muka kami naik ke pejabat jumpa dia. Ada saja aktiviti yang kami desak dia untuk sokong. Asal cuti ada la program kami.

Benda yang kami selalu buat dan yang paling merisaukan cikgu Yeow, kami akan bermalam di sekolah tanpa kebenaran pentadbiran sekolah untuk siapkan dewan bagi kursus atau majls perpisahan diakhir-akhir tahun. Dia selalu pesan, awak nak buat apa pun buatlah janji bila timbul saja matahari esok pagi, semuanya dalam keadaan baik (tak ada masalah kami mati dalam sekolah atau sebagainya masa buat persiapan malam tu). Biasanya kami tak datang awal malam untuk buat persiapan tapi jam 11.00 malam. Kalau tak boleh cabut pintu pagar sekolah, kami akan panjat dan lambung basikal atas pagar. (Dulu mana ada pak guard kat pagar macam sekarang) cuma ada pakcik tukang kebun merangkap jaga malam. Tapi hampeh, kerja membuta je. Jam 1.00 atau 2.00 pagi kami akan kayuh basikal tengah-tengah jalan raya pergi makan. Hehe. Dulu tak ada rempit-rempit ni.. Kayuh basikal jer.

Bila kenang balik, tak akan dapat dah saat-saat macam tu sekarang. Tengok budak-budak sekarang pun tak macam budak-budak dulu. Dulu mana ada internet, play station, handphone yang canggih manggih jadi kami dulu sentiasa kreatif dalam mengisi masa lapang. Harap celik IT tapi tak kreatif... Tak percaya, tanya Yus. Sekarang dia dah jadi cikgu sekolah.

Apa pun, semangat St. John Ambulans masih menebal dalam diri aku. Nilai-nilai murninya masih aku bawa sampai hari ini. Cuma sekarang aku bukan lagi dalam pasukan St. John Ambulans tapi dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebagai anggota sukarela.